
MyPath
"Kerja Ke Arah Kerjaya"
APS MyPath S/B di lesen dengan Jabatan Tenaga kerja Semenanjung, Malaysia, Lesen no. - JTKSM 783
​
Agensi kita di bina khas untuk bekerjasama dengan majikan yang jujur, stabil dan boleh memberikan jawatan atau kerja yang ada masa depan atau boleh memupuk kerja ke arah kerjaya melalui Borneo programs
Kita ada 30 tahun pengalaman dalam hal sumber manusia dari Penstafan, Pembangunan pekerja (Teknikal & Insaniah), Gaji & Kebajikan, Admin, Kaunselling/Coaching, Kesihatan & Keselamatan, Perhubungan Industri dan Perhostelan.
​
Majikan yang ada minat program ini, akan kita pastikan juga mereka memenuhi syarat-syarat parternship (Kerjasama) kita supaya setiap program gaji dan kebajikan mesti ikuti Labor Law (piawaian kerajaan sumber manusia). Bimbimgan dan sokongan kerjaya kepada setiap calon yang sertai program Borneo juga dilaksanakan.

FAQ
Soalan Lazim
1. Objektif Program Borneo ​​​​​​
-
Membantu calon yang mencari pekerjaan TETAP & STABIL terus dengan majikan .​
-
Bina kerjaya sendiri supaya kehidupan di masa depan terjamin.
-
Membina eko kerjaya yang positif, maanfat sendiri, majikan, keluarga, komuniti dan negara.​​​​​​​
2. Kenapa Reka Program Ini?​​​​​​
Kita dapati banyak yang datang ke Semenanjung nak cari kerja, ada yang dapat pekerjaan/majikan yang baik, tapi ada banyak yang juga tidak dapat cari majikan yang sesuai dan pekerjaan yang baik, malah banyak kes-kes yang tidak baik terjadi. Ada calon juga kerja tanpa dibayar kebajikan yang sepatutnya.
​
Kita juga percaya calon Borneo perlukan satu peluang dari majikan Semenanjung untuk memaparkan skill yang sedia ada. Dengan Program ini, kita boleh jadi jambatan kepada dua pihak dan memastikan kedua-dua pihak tidak mengambil kesempatan keatas sesiapa supaya peluang yang adil diberikan kepada kedua-dua pihak mencuba kebolehan masing-masing.
3. Adakah Calon Perlu Bayar Yuran?​​​​​​
Tiada yuran yang di kenakan untuk masuk Program ini, cuma komitment dari calon yang mohon, mesti serius dan boleh kerja setahun dan lebih. Kalau kerja part-time, kita tak galakan. Calon juga mesti perolehi kebenaran dari keluarga untuk kerja jauh di Semenanjung dengan Program ini.
4. Adakah Asrama, Transport Kerja & Tiket Kapal Terbang Disediakan?​​​​​​
Hostel & Transport tiada potongan gaji. Tiket kapal terbang akan di bantu.
5. Apa Jenis Pekerjaan Yang Ditawarkan?​​​​​​
Perkerjaan TETAP melalui Program Borneo ada 2 sektor iaitu kilang dan F&B.
-
Kerja Kilang (Pulau Pinang) - Machine operator, Machinist, Assembly Specialist, Warehouse operator, Operator Storage, Production Operator, Teknikal Operator
-
Kerja Cafe & Restaurant (Pulau Pinang) - Chef, Service Crew & Kitchen Assistant
6. Jika Saya Berminat, Bagaimana Nak Mohon Pekerjaan Dengan Agensi MyPath?​​​​​​
Untuk calon yang berminat, anda boleh terus mohon kerja dengan hubungi recruiter kami melalui aplikasi chat whatsapp :
​
Mr.Gene +6016-715 6989
Kak Sofura +6011-1057 6115