Chat WhatsApp
Hubungi perekrut kami. Tiada borang. Perbualan biasa — kami jelaskan jawatan yang sesuai untuk kamu. → Chat di WhatsApp
- Tiada borang panjang untuk diisi
- Perekrut kami jawab dalam masa singkat
- Tanya apa sahaja — tiada soalan yang remeh
Dari kerja, ke arah kerjaya. MyPath menghubungkan calon Sabah dan Sarawak dengan majikan yang jujur di Semenanjung — asrama, pengangkutan dan tiket kapal terbang disediakan.
Dari kerja, ke arah kerjaya. Untuk anak Sabah dan Sarawak.
Setiap jawatan di bawah telah kami buat semak dan di nilai dengan teliti. Kami sudah berjumpa majikan. Kami sudah tengok tempat kerja. Kami sudah sahkan gaji, hostel dan pengangkutan. Kamu cuma perlu pilih.
Semua jawatan ini sudah kami audit. Pilih yang sesuai, kami bantu selebihnya.
Kisah benar dari calon Sabah dan Sarawak — dirakam tanpa suntingan, tanpa skrip.
Hubungi perekrut kami. Tiada borang. Perbualan biasa — kami jelaskan jawatan yang sesuai untuk kamu. → Chat di WhatsApp
Temuduga dengan majikan melalui panggilan video. Tak perlu datang Semenanjung dulu — cukup dari rumah.
Selepas diterima, kami atur tiket kapal terbang, dokumen, dan pengangkutan dari lapangan terbang ke asrama.
Tiba di Pulau Pinang, Keluarga MyPath akan menyambut kedatangan kamu. Mulakan kerjaya, peroleh pendapatan halal, dan tingkatkan kemahiran.
Agensi Pekerjaan Swasta MyPath Sdn. Bhd. (1315458-X) beroperasi secara sah di bawah lesen JTKSM 783. Kamu boleh sahkan lesen kami di laman rasmi JTKSM.
Fokus calon dari Sabah & Sarawak.
Kami bantu calon jumpa peluang kerja dengan cara yang lebih mudah, jelas, dan selamat — dengan majikan yang kami audit sendiri.
Agensi Pekerjaan Swasta MyPath Sdn. Bhd. (1315458-X) — Lesen JTKSM 783 — Berdaftar Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
MyPath lahir daripada satu pemerhatian yang sederhana namun nyata: ramai calon dari Sabah dan Sarawak datang ke Semenanjung untuk mencari rezeki, namun tidak semua berjaya menemui majikan yang sesuai dan selaras dengan Akta Kerja 1955.
Kami percaya setiap warga Borneo layak mendapat peluang yang adil untuk mengembangkan potensi kemahiran, gaji yang halal dan setimpal serta laluan kerjaya yang terjamin.
Sejak 2011, kami telah membantu lebih dari 3,000 calon pencari kerja dari Sabah dan Sarawak. Setiap majikan kami audit sendiri. Setiap calon kami memberi sokongan dari lapangan terbang hingga bulan pertama di asrama.
WhatsApp adalah cara paling cepat. Perekrut kami akan balas dalam masa bekerja — dan apapun jenis soalan kami akan berusaha untuk memberikan terbaik membalas setiap pertanyaan dan persoalan.
Perekrut
Perekrut · Sektor Kilang dan Sektor Servis & Hospitaliti
Hubungi Mr. Gene untuk sebarang pertanyaan mengenai jawatan di sektor perkilangan dan sektor servis & hospitaliti. Beliau berpengalaman luas menguruskan penempatan dan proses permohonan calon.
Chat Mr. Gene+6016-715 6989
Perekrut
Perekrut · Sektor Kilang
Hubungi Kak Sofura untuk peluang kerjaya di sektor pembuatan dan operasi kilang. Beliau pakar dalam menguruskan pengambilan tenaga kerja bagi projek syarikat antarabangsa.
Chat Kak Sofura+6011-1057 6115
Perekrut
Perekrut · Sektor Kilang
Hubungi Kak Sofi untuk sebarang pertanyaan tentang peluang kerja di sektor kilang tempatan. Beliau sedia membantu anda mencari jawatan yang paling sesuai dengan profil anda.
Chat Kak Sofi+6011-3989 4584
MyPath tidak mengenakan sebarang yuran. Jika ada sesiapa meminta wang atau pembayaran atas nama MyPath, tolong laporkan terus kepada pihak kami. Proses kami percuma dari mula hingga kamu ditempatkan.